0

슬프하지마세요..

sejak 2 bulan kebelakangan ni, selalu sakit-sakit.
ubat pun dah nak habes..


"Do you think that you will enter Paradise before Allah tests those of you who fought (in His cause) and also test those who are as-Sabirin (the Sabr ones)?" [3:142]

슬프하지마세요.. 행복합니다 !! ♥
 *please don't be sad.. be happy!! 
 "over-thinking leads to negative thoughts :)" - Fara Aisyah
p/s: 
perlu kumpul duit untuk beli telefon. kesian mama, henpon cabuk die asyik kena rompak je dengan aku. :'(
0

The Lipstik

aku gila suka kat dorang ni.
xtaula, maybe sebab taste aku agak ke arah bunyi retro sikit kot.
tapi siyes aku kagum lah sebab ni muda lagi kot daripada aku.
masa aku kenal dorang pon, dorang budak sekolah lagi.
lirik dia pun aku suka.
ni antara lagu dorang.
layannnn~





0

Memoir

malam tadi bosan.
godek-godek hard disk.
macam-macam terjumpa balik.
kenangan, janji, gaduh, mesra.


there was a man, once said to his girlfriend (no longer in relationship),

"Kite naek basikal same2 daripada 09/09/09. Kite bawak macam2. Buku, makanan, duit, macam2. Kite kayuh same2, naek bukit, turun bukit. Kadang2 kite jatuh sebab langgar batu. Tapi kite bangun balik, kemas sume barang2 kite, teruskan kayuh. Kayuh2, tibe2 hujan. Mase hujan 2 la kite kayuh laju2, nak carik tempat berteduh. Tapi malangnye, kite tergelincir. Disebabkan awak duduk kat belakang, awak luka teruk. Saya luka sikit. Tempat berteduh x jumpe, sebaliknye, kite mandi hujan. Bile hujan reda, kite kemas balik barang2 kite, teruskan perjalanan. Kayuh lagi same2. Kite kayuh laju2 mase turun bukit. Sebab cuai, xnampak lubang. Tayar depan terlanggar lubang. Jatuh lagi. Awak luka lagi, makin teruk. Saya pun dapat luka baru. Lame kite terduduk kat tengah jalan yang berlubang2 tu. Kite gaduh2, carik salah antara kite. Yang ni tuduh orang ni, yang 2 tuduh orang 2. Bile dah penat gaduh, masing2 diam. Lame2 masing2 dah puas hati, kemas balik barang yang berterabur. Kayuh balik. Macam 2 la seterusnye. Kite bawak barang2 2 sampai bile2. Macam mane barang2 2 berterabur pun, kite kutip balik, simpan elok2. Kite jaga barang2 2 betol2. Kalau bukan kite yang kene jaga, sape lagi yang nak jaga kan? Luka yang kite dapat pun mesti akan sembuh, cume masa je yang menentukan. Makin banyak kite jatuh, makin banyak kite belajar kesilapan kite. Kalau x, kite xkan tau macam mane nak deal dengan jalan yang berlubang. Kite xkan tau macam mane nak carik tempat berteduh. Itulah realiti kehidupan. " , 4 Mac 2010

"Mencintai? Bukanlah bagaimana kamu melupakan melainkan kamu memaafkan. Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan melainkan bagaimana kamu mengerti. Bukanlah apa yang kamu lihat melainkan apa yang kamu rasakan. Bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan. "

4 janji :
1. Jujur
2. Terus terang
3. Kalau ada masalah, bincang.
4. *forgotten*
2

Terima Kasih 2010

Hari ni minggu kedua dalam tahun 2011.
seperti tahun lepas, aku akan buat kronologi tahunan.
tapi untuk 2010, separuh daripadanya aku dah buat dalam post ni.
jadi yang selebihnya aku sambung dalam post kali ni pulak.

Ogos
- berjimba dengan housemate kat Sunway, beg kak fyra kena rompak

- kursus Score A yang menyayat hati

- first time makan Sate Kajang Hj Samuri

- kisah 'barney berlari' dengan Afiqah Asri



September
- beraya dengan baju kurung pembelian orang

- kerja dekat Klinik Baharudin

- first anniversary, tapi x lama lepas tu bergaduh. bermula dengan isu open house, tapi punca pergaduhan tu sendiri orang tu masih x faham (mungkin sampai sekarang) sebab dah banyak perkara yang aku pendam lama.
(aku ada mention dalam post ni)


Oktober
- kerja dekat Watsons PAS

- pergi Genting Highlands untuk kali ke 3, Empire Shopping Galery dan pantai (ape namanya ye, dah lupa) dalam masa satu hari.

- 20/10/2010 tarikh yang aku xkan lupa bila seseorang (sendiri faham) label aku bodoh, bangang berserta elaboration yang kemudiannya orang tu kata xde niat nak kata aku macam tu.
(aku pun xtau apa masalah dia)

- pen-labelan terhadap aku tu membuatkan aku ambil keputusan untuk berhenti kerja.
(terima kasih!)

- hubungan yang bagai retak menanti belah akhirnya berakhir. aku ambil keputusan tu lepas banyak peluang yang aku bagi dah disia-siakan.


November
- sambut Deepavali dekat rumah mak Uncle Ikram
(pun dah mention dalam post yang ni)

- first time aku pakai shawl. aku xfaham apa yang best pakai benda tu.
(?)

- 11/11/2010, akhirnya aku dapat beli gitar yang aku idam-idamkan sejak Darjah 2.

- 13/11/2010, pergi majlis pernikahan member (SK Sungai Batu) Nurfarahzatul Husna dekat Setiawangsa. dah berbelas tahun xjumpa.

- hari yang sama jugak pergi Times Square jumpa Abg Muiz, Jeff dengan Hesry, tengok Megamind.
(first time tengok movie kat cinema cerita kartun, gembira!)

- malam tu pulak tengok movie lagi. orang nak belanja. katanya nak celebrate birthday before aku balik Terengganu.
(niat aku jumpa orang tu, xlebih daripada seorang kawan dan xde pun niat nak pulihkan hubungan whatsoever. tapi thanks sebab hantar balik.)

- sambut birthday kat Cameron Highland dengan family. ♥~

- 29/11/2010, disebabkan kebosanan yang melampau dekat rumah, aku ambil keputusan untuk mula belajar bahasa Korea.


Disember
- pergi Shah Alam untuk selesaikan rayuan untuk masuk program Ijazah.
(orang bodoh macam aku perlu merayu untuk dapatkan tempat kat universiti)

- kenal dengan Fara Aisyah () yang cantik dan baik. sangat-sangat terhutang budi sebab sudi bagi tumpang tidur untuk satu malam. :)

- 18/12/2010, gunting rambut yang panjang gila vavai.

- kerja dekat pejabat SE Purnama Sdn. Bhd. selama 7 hari (Abah kerja dengan syarikat ni), bantu kerja-kerja penyerahan kunci rumah.



P/S :
1. 2010 mungkin tahun yang paling mencabar buat aku. banyak perkara buruk daripada perkara baik yang berlaku sepanjang tahun ni. tapi aku terima sebagai pengalaman dan pengajaran.

2. Antara perkara yang aku belajar :

- bila buat dosa, Allah akan balas dengan balasan yang setimpal kat dunia.
- jangan menyesal dengan apa yang dah berlaku sebaliknya senyum bila teringatkannya kembali.
- aku belajar jenis-jenis manusia dalam dunia ni terutamanya lelaki.
- apa yang kita buat kena ikhlas, bila hati xikhlas, segala pemberian dan perbelanjaan akan diungkit di kemudian hari.

3. Aku akan pulangkan kembali barang-barang yang bukan milik aku pada tuannya asalkan aku hidup tanpa rasa berhutang pada seseorang.
(tapi bukan duitla, aku ni xde duit. nak kerja pun malu sebab bodoh sangat)

4. TERIMA KASIH to all who completed my year dan terima kasih 2010.

credit here
Back to Top